بسم الله الرحمن الرحيم
assalamualaikum wbt !
untuk entry ke-3 ni, ana nak kongsikan satu rahsia tentang ......... jap2 !!!
tengok la dulu gambar atas nii..
agak2 gambar apa???
yeaaay! ahsantum!
ni adalah gambar demo orang tengah menunaikan solat...
solat???
apa ada pada solat yang kita kerjakan setiap hari 5 kali sehari semalam...
bermula dari subuh, zohor, asar, maghrib, isyak...
nak tahu tak sohabi sekalian... ???
Fil haqiqah ,,,,
umat Nabi Muhammad telah diperintahkan untuk
mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah
Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan
perlindungan ketika di hari pembalasan kelak.
toiibbb!!! kalau antum nak tahu...
SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh
ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke
bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut
yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun
bersembahyang dua rakaat.
i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur
kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur
kerana siang telah menjelma.
ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor
ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya
agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu
tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi
penebusan.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana
dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan
memohon akan keredhaan Allah SWT.
iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur
kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar
ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut
ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika
itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang
empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4
kegelapan iaitu:
i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat
Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT
dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya
matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana
diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
i) Rakaat pertama: Untuk menafikan
ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan
tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh
melakukan perbuatan sumbang.
iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan
kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada
dua atau tiganya.
ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak
ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari
jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan
dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada
waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat
rakaat sebagai tanda bersyukur.
i) Rakaat pertama: Tanda dukacita
terhadap isterinya.
ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita
terhadap saudaranya Nabi Harun.
iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita
terhadap Firaun.
iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita
terhadap anak Firaun
alhamdulillah...
pasti antum semua dah tahu sejarah solat 5 waktu yang diperintahkan kepada kita sebagai umat Islam, kan2!!! harap antum dapat ambil manfaat daripada perkongsian ini!!!
SELAMAT MENUNAIKAN SOLAT !!!
"innassolah tatanha a'nil fahsyaie wal munkar!!!"
maassalamah, wassalam! :)
0 comments:
Post a Comment