CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 7 July 2012

maZa Yakni QurraTuL a'Ayun ?

” Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan anak pinak kami, penyejuk mata kami. Dan jadikanlah kami penghulu bagi orang-orang bertaqwa.”(surah al-furqan : 75)


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah3x...
 seinfiniti kesyukuran kepada Allah Taala kerana diberi ruang kepada ana untuk mencetus sebuah karya yang tidak seberapa, hanya bertujuan untuk berkongsi segala idea, maklumat, cerita, kisah2 dll dalam ruangan bicara ini. InsyaAllah, ini adalah permulaan ana melangkah untuk berbicara tentang segala perkongsian mungkin sebagai salah satu medium bagi menyampaikan dakwah kepada semua pembaca diluar sana.
harap perkongsian ini diterima :)

*****
(QURRATUL A'AYUN)

dah tahu apa yang dikatakan sebagai "qurratul a'ayun" ???
seindah nama dan panggilan.. 

Ibnu Abbas menjelaskan bahawa qurratu a’yun adalah mereka yang menyenangkan pandangan mata di dunia dan di akhirat kerana mereka menjalankan ketaatan kepada Allah.


Hasan Al-Bashri pula menjelaskan bahawa tidak ada yang lebih menyejukkan mata selain dari keberadaan anak keturunan yang taat kepada Allah swt.


Ya... PENYEJUK MATA !!!
 pasti, kita semua sentiasa menadah tangan kepada Allah, memohon agar menjadi penyejuk mata kepada Allah, diri, keluarga, masyarakat dan agama Islam! Pernah tak, antum semua terfikir bahawa menjadi penyejuk mata kepada semua, bakal menjamin ketenangan dan kebahagiaan kita dalam kehidupan nanti. 

Sungguh, ia bukan tugas yang mudah !!!
Jika antum fikir menjadi penyejuk mata bukanlah hanya dengan berhias diri, memakai wangian dan berbaju cantik setiap hari ...
Itu adalah kesilapan besar sama sekali! Antum harus sedar, ramai  golongan muslimah cantik dan menawan di luar sana yang gagal untuk menjadi penyejuk mata kepada keluarga dan agama terutamanya.

Ayuh para muslimah sekalian...
sama-samalah kita muhasabah diri!!! adakah kita semua layak digelar penyejuk mata keluarga, apatah lagi kepada pasangan hidup nanti iaitu suami??? ingat muslimah! berusahalah menjadi penyejuk mata keluarga, sentiasa dekatkan diri kepada Allah, 
itu kunci utamanya !!!


sekian sahaja entry pada hari ini :)


maassalamah ! 

0 comments:

Post a Comment