CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 9 July 2012

carilah hatimu wahai teman !


"Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran, jika kau tidak temui, maka carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Seandainya kau tidak menemuinya juga, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tetap gagal menemuinya, berdoalah kepada Allah! pintalah hati yang baru... "

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Astagfirullahal azim.. astagfirullahal azim.. astagfirullahal azim..

Alhamdulillah...
bersyukur kepada Ilahi atas kurniaannya dapatlah kita bersua kembali dalam entry yang ke-2 :)
untuk kali ni, ana nak berkongsi 1 cerita tentang hati!

wahai sohabi sekalian, 
semua manusia dikurniakan oleh Allah sebuah hati, betul tak...? tapi sejauh mana kita semua dapat mencari hati kita. Ada manusia yang masih belum dapat temui dimanakah hati mereka. Sebaliknya ada yang mudah mencari hatinya dimana2 sahaja. ketika melakukan ibadah, amal soleh, kebajikan dll. 

Ada seorang teman bertanya... 
" Apakah yang dimaksudkan dengan mencari hati? Macam mana nak cari hati??? "
Soalan ni masih bermain difikiran ana. Kalau soalan ini diajukan kepada antum, apakah jawapan yang paling tepat nak diajukan??? Sungguh! bagi ana, hati itu boleh dicari dan didapati jika suburnya iman dihati  setiap insani. Bermaksud, hati kita dihiasai dengan keimanan kepada Allah, Rasul, dan Islam itu sendiri.

Ana teringat kata2 Imam Ghazali, "Iman manusia itu bak kata ulama', ibarat air yang mendidih. Sesaat yg lalu mungkin kita boleh menangis  dan menyesal dengan dosa-dosa yang lalu, tetapi sesaat kemudian penyesalan itu tiada lagi dirasakan." Analoginya begini... solat magrib kita mungkin khusyuk, tetapi solat isyak kita nanti belum tentu lagi. Begitulah keadaan iman kita di hati. Tengok, betapa sukarnya kita nak mencari hati yang sebenar, kan!

Untuk pengetahuan antum, mengikut tafsiran lain, mencari hati ini sebenarnya mencari ketenangan. betul tak? Ini fitrah... sebagai seorang manusia, kita mahukan ketenangan dan kebahagiaan dalam hati kita semua... Tapi, bagaimana kita nak mendapatkan ketenangan tu???

menurut surah al-Ra'du ayat 28 :
'ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."

Lakukanlah apa jua yang boleh mengingatkan kita kepada Sang Pencipta kita, iaitu Allah S.W.T.
Pasti! ketenangan akan datang menjengah hati!

Rasulullah bersabda :
" Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan itu sebenarnya adalah kekayaan hati! "

Awas sohabi sekalian!!! ingat...
Mungkin kita sudah menjumpai hati kita, tetapi sedar atau pun tidak. hati kita dipenuhi dengan karatnya jahiliah. Kita dilahirkan dengan hati yang putih, namun kita sendiri yang berani menconteng arang diatasnya.

Ibnu Umar pernah meriwayatkan dalam sebuah hadith, sabda Rasulullah S.A.W :
" Sesungguhnya hati ini boleh berkarat sebagaimana karatnya besi bila terkena air. Baginda bertanya,
" Wahai Rasulullah! bagaimana cara membersihkannya???
Rasulullah menjawab, " perbanyakkanlah mengingati mati dan membaca al-quran".
(H.R. Baihaqi)

Ayuhlah wahai sohabi sekalian...
mari kita semak hati kita! Proses mencari hati bukanlah satu proses yang sekejap, tetapi memerlukan masa sepanjang hidup kita. Hari ini kita ikhlas beramal, esok belum tentu lagi. Hari ini kita beroleh ketenangan, esok lusa belum tentu lagi. Hari ini kita sihat, esok lusa juga belum tentu lagi. Jadi, sentiasalah kita bermuhasabah diri dan berusaha mencari hati kita. Selagi ada waktu, perbetulkan segala niat kita untuk setiap amalan yang kita kerjakan. 

wallahua'lam...
sekadar itu perkongsian diruangan 'Qurratul a'ayun' ini..
moga sohabi sekalian dapat mengambil manfaat dan pengajaran bersama.
satu kata2 ingin ana berikan kepada antum... 
renungi dan hayatilah bersama...

wassalam...

"Sesungguhnya hati itu milik Allah. Carilah hatimu, ketenanganmu, kesungguhanmu, juga keikhlasanmu dalam setiap amalmu. Kerana hati ini miliknya, dan hanya dia yang mengetahui isinya. Pohonlah padanya agar dilembutkan hati untuk merasai ketakutan azab-azabnya. Pohonlah diberi kefahaman dan penghayatan tika membaca ayat-ayatnya. Pohonlah diberi ketenangan dalam menjalani hidup seharian sebagai hambaNya. Pohonlah diberi keikhlasan dalam setiap amalan kita. Jika tak berjaya juga, pohonlah padanya agar dikurniakan hati yang baru, kerana hati yang kita miliki saat ini mungkin bukan yang terbaik untuk kita.."




0 comments:

Post a Comment